HAAA!! Nah amek ko! hahaha!
aku ni x abes2 nk citer psl kuruskan badan kan? tp xpe, nk kasi kowg berusaha kuruskan badan (sbb aku pn ade try tips nih..alhamdulillah jd, tp kalo ikut btol2 la..) smbl2 tu ley la kasi cantek body 2 en...hehehe...
|
ni la ape yg jd kat aku..hehe..best en? |
Wokeyh! Stop membebel..ni die ade few tips tok kowg :
1. Tetapkan matlamat kowg untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yg bese yang mampu dicapai oleh kebanyakan owg. Tapi jangan terlalu memaksa kalo kowg tak mencapai sasaran awal. Kalo kowg dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.
2. Senaman la wei..pe lg..hehehe...
Utk kowg yang nak menjaga otot, bolehla amik suplemen seperti Glutamin setiap hari pas sesi senaman. (mahal kowtttt~ ==)
3. Amik makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, kow boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak tp kalo xde manis2 ni lg bagus..huhu..). Ataupun makan je buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol. (bg owg2 Islam, alkohol/arak adalah dilarang sama sekali)
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi, (tp aku srpn kol 9.00 or 9.30 pg kot..ha!)
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Pastu, disiplinkan diri kowg supaya makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sikit pun takpe. Ikut keadaan dan kesesuaian kowg ah. (jgn mkn time pas kol 8 mlm suda la ye tawan2 :D)
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya kowg tak amik terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhkan hari kowg dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Kowg gak boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.
10. Pastikan kowg mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
11. Jangan berlapar! hahaha..
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila kowg tak tahan berlapar, pada kebiasanya kowg akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan kowg telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi..ermmm...
12. Ambil sesuatu yg pahit sblm makan.
Minumlah kopi dan/atau kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.
13. Minum banyak air.
Air mengurangkan selera makan kowg secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti tidak tidak akan makan dengan banyak.
14. Elakkan minum minuman yg berGAS!
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
15. Kurangkan pengambilan garam.
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan kowg menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
16. Amik sarapan pagi.
Kowg gak boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
17. Makan dengan perlahan2..ini idak, makan laju bebenor! biar lmbt asal selamat k.. ;)
Nikmatilah makanan kowg dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
18. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil..
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
19. Kalo kowg terasa nak makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi kowg dulu atau kunyah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera kowg. (tp skali skale nk mkn snek pe salahnye..tp sikit2 suda)
20. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan kowg. Kalau bleh, xpyh ada lam peti ais kowg lg bagos.
21. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintaklah minuman yang kurang gula.
22. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
23. tak payah nak timbang berat badan kowg setiap hari sbb kowg xkan nampak perubahannya. Jika kowg minum banyak, dan waktu itu kowg timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin kowg akan berputus asa untuk berdiet.
24. Amik makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
25. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
26. Haaa! ni paling penting(antara terpenting la kan..ha!) Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran kowg untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
27. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, kowg bleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Elakkan minyak atau lemak haiwan.
28. Ni lbh kurang sme yg mcm kat atas td tuh. Ketika memilih piring makanan , amiklah piring yang rata dan bukan piring cekung. Amik sayuran dulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Kalo nak tambah, hanya sayuran yang boleh kowg amik. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang kowg habiskan!
29. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah kowg berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi bile kowg naik tangga. Lakukan dengan santai kerana perut kowg baru je terisi.
30. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
31. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
32. Ni ade beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk melangsingkan badan kowg :
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. (Ini aku slalu wat..peberet eksesais aku sejak kecik2 ag..huhu)
Fuhh~ ni baru skit beb..ade lg byk senanye..tp penat kot aku nk wat byk2..pening lak aku sudanye..
Kalo suke kowg ley la amalkan petua2 nih..ni bkn tok kowg je tp tok aku gak...kite kongsi2 la kan..hehehe...
SELAMAT MENCUBA!! :D