Wednesday, March 30, 2011

The Art Of Wax : Bile Manusia DiLilinkan~

Hye again!!!

Ermm..korg penah tgk x citer House of Wax? Alaaa...citer horror uwh...yg si Sam Winchester blakon uwh (hero cite Supernatural..aku xtau nme btol die..hahaha). Tp die mati awal skit..huhu...

Ni aku nk citer skit pasal Muzium Lilin Madame Tussaud..tp xde la horror cam citer House of Wax uwh...Tapi Chamber of Horror ade...hehehe..moh ler kite bace skit pasal muzium ni k...

MARIE Tussaud atau lebih dikenali dengan nama Madame Tussaud (lahir 1761-1850), lahir sebagai Marie Grosholtz di Strasbourg, Perancis. Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah tangga untuk Dr. Phillippe Curtius, seorang doktor yang mahir dalam pembuatan patung lilin. Curtius mendidik Tussaud dalam seni patung lilin. Pada tahun 1765, Curtius membuat patung lilin Marie-Jeanne du Barry, gundik dari Raja Louis XV dari Perancis. Cetakan dari patung tersebut adalah benda tertua yang masih ada dari sejarah muzium patung lilin ini.Pameran pertama dari karya lilin Curtius diadakan tahun 1770 dan menarik perhatian ramai orang. Pameran tersebut pindah ke Palais Royal di Paris pada tahun 1776. Curtius membuka tempat kedua untuk karya-karyanya ini di Boulevard du Temple pada tahun 1782 dengan nama "Caverne des Frands Voleurs".
Tussaud menghasilkan patung lilin pertamanya, iaitu patung Francois Marie Arouet de Voltaire, atau yang lebih dikenali hanya dengan Voltaire, pada tahun 1777. Tokoh-tokoh terkenal lainnya yang dipatungkannya antara lain Jean Jacques Rousseau dan Benjamin Franklin. Sepanjang Revolusi Perancis ia membuat penutup wajah jenazah bagi para tokoh yang menjadi korban. Ia rela untuk mencari kepala-kepala yang telah terkorban yang terputus ini di tengah-tengah timbunan jenazah agar boleh menyelesaikan penutup wajah jenazah ini dengan sempurna.

Ketika Curtius meninggal pada tahun 1794, ia meninggalkan koleksi patung-patung lilinnya pada Tussaud. pada tahun 1802, Marie Tussaud pindah ke London. Sebagai akibat dari Perang Inggeris-Perancis, ia tidak dapat kembali ke Perancis sehinggakan untuk hidup ia harus mengelilingi Inggeris dan Ireland untuk memamerkan karya-karyanya. Pernah sekali karya-karyanya itu dipamerkan di Lyceum Theatre. Ia akhirnya memiliki tempat pameran kekal buat karya-karyanya di Baker Street, London, pada tahun 1835 (di tempat yang disebut "Baker Street Bazaar").
Salah satu tarikan utama muzium Tussaud adalah "The Chamber of Horrors". Bahagian acara ini menampilkan sebahagian korban Revolusi Perancis dan juga patung-patung para pembunuh dan penjahat lainnya. Nama ruangan ini diberikan oleh seseorang dalam majalah Punch di tahun 1845.
Tokoh-tokoh terkenal lain kemudian mula ditambahkan dalam ruang pameran, termasuk Horatio Nelson dan Sir Walter Scott. Beberapa patung lilin yang dibuat oleh Tussaud sendiri masih ada hingga hari ini. Pada tahun 1842, ia menghasilkan patung lilin dirinya sendiri yang sekarang dipamerkan di pintu masuk utama muziumnya.
Muzium Madame Tussaud berpindah ke alamatnya kini di Marylebone Road pada tahun 1884. Pada tahun 1925 kebakaran menghancurkan kebanyakkan dari patung-patung yang sedia ada, tapi cetakan-cetakan mereka berjaya diselamatkan sehingga patung-patung lilin bersejarah tersebut boleh dibuat lagi.
Kini, muzium lilin Madame Tussaud telah berkembang menjadi sebuah tujuan pelancongan di London, berdampingan (hingga baru-baru ini) dengan London Planetarium di sebelah baratnya. Muzium ini telah memiliki cabang di Amsterdam, Las Vegas, New York City, Hongkong, Shanghai, Hollywood-Los Angeles, dan Washington D.C. Ketika ini, patung-patung lilin Madame Tussauds terdiri daripada tokoh-tokoh sejarah, keluarga kerajaan, bintang filem, atlet terkenal dan tokoh-tokoh penjenayah yang terkenal. Muzium Madame Tussauds sekarang dimiliki oleh sebuah perusahaan pelancongan bernama Merlin Entertainments setelah memperoleh Tussauds Group pada bulan Mei 2007.


credit to : duniaku bersamamu 


ni la muzium die..tp ni yg kat London..muzium ni ade kat byk tempat..Kat New York n tmpt2 (yg terpilih shj :P) yg lain pn ade...

Haaaaa...da bace kan...aku da lme tau psl muzium ni..tp aku bru tertgk lam Youtube pasal die wat patung lilin si Justin Bieber...perghhh...mmg best la...kalo la aku pn terpilih tok jd koleksi dowg uwh..hahahaha!! tp kene tggu jd artis fofular or org kenamaan la plak..

ni patung lilin Britney..siyes mmg cam yg real..actually kan, it's a little bit spooky bile ade patung sebijik cam rupe kite sndr..hahaha...



Ni aku nk kasi kowg tgk skit proses dowg wat patung lilin nih...

ni video dowg wat patung lilin Justin Bieber..Kewwll kan~? hehehe.. :D

Amacam? hahaha...siyes mmg best (bg aku la..eksaited ni dowh!).. so smpi sni je aku nk citer pasal bnde kejadah ni...biler la aku nk ade patung lilin sendiri kan...ermmm *wondering.. -.-

See yah!! XD


No comments:

Post a Comment