Sunday, April 3, 2011

Rambut Rambut Rambut~ LaLaLaLa :D

As-salam~
Hye kowg! ngee :P

Lam post aku kali ni aku nk kasik skit tips pasal penjagaan rmbt lak..yela kan..skng ni cuaca xmenentu pas2 lak panas die, perghh! xley thn kot..so mcm2 la masalah yg jd kat rmbt kan..
Rambut adalah mahkota wanita semua sudah tahu fakta itu. Tapi skng ni bkn stakat wanita je kan, lelaki pn sme gak. Ni ade skit petua-petua tradisional untuk penjagaan rmbt. Petua tradisional sebenarnya lebih asli dan tiada kesan sampingan sebenarnya. So..pe lagi, moh ler kiter..


Tips Atasi Rambut Kering & Menggerbang

1.        Pernah x kowg mse bangun je tido then g tgk kat cermin skali mke kowg cam antu da..rmbt mengerbang je..hehehe..

Petua :

Gunakan kuning telur. Pukul 2 kuning telur bersama dengan 1/4 cawan air suam. Apply campuran bahan-bahan ini atas rambut dan biarkan selama 30 min sehingga 1 jam untuk memberikan ruang kepada rambut untuk menyerap semua kebaikan bahan-bahan tadi.

 
Semasa tempoh ini, kowg kena tutup rambut dengan tuala. Selepas selesai tempoh 30 minit atau 1 jam tersebut, cuci rambut dengan air suam. Sambil cuci rambut tu, gosok-gosokkan rambut dengan jari. Basuh dengen teliti untuk mengelakkan bau telur tersebut.








Petua Mengelakkan Rambut Gugur
 



2.        Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya, ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih. Ulangi dalam beberapa kali dalam seminggu dan pasti membuahkan hasil yang memuaskan.
Daun bunga raya juga bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.




3.        Santan juga adalah bahan yang di gunakan untuk melebatkan rambut. Perah kelapa utk dapatkn santan, then biarkan seketika utk mendapatkan patinya. Pati santan di lumurkan pada kepala (Seelok2nya lumurkan pada rmbt 2, tutupkan dengan tuala) dan di biarkan setengah jam sebelum di cuci.








Masalah Rambut Kering

Rawatan minyak panas tentu saja untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak syuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian pekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. ala-ala stim lah ni. Biarkan dalam 20 minit dan bersihkan.



Masalah Rambut Berminyak
 




Campurkan Syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah seperti biasa.

Menghitamkan Rambut
 
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkanya.


 

 

 

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala. 

 

 

 Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.









yg satu ni aku xtau tradisional or x..but still a good tip...n yg slalu aku gune.. :)

Menggunting hujung rambut
 
Menggunting hujung rambut secara teratur adalah salah satu cara untuk memiliki rambut yang sihat. Menggunting hujung rambut sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu sekali akan menjadikan rambut kelihatan segar dan bermaya. namun, jika rambut anda tidak sihat di sebabkan oleh perwarnaan atau terkena klorin kerana aktiviti berenang anda bolehlah menggunting dengan lebih kerap.


Meh sni aku nk pesan skit...kowg jgnla slalu sgt sikat rmbt kowg coz bile sikat da tntu la rmbt kowg tertarik kan..bile sikat rmbt, folikel rmbt akan tertarik n secara tidak lgsg akan menarik dan melemahkan folikel tersebut dan menggalakkan keguguran rmbt...

Ni je yg dpt aku sediakan tok kowg..nk kte byk tips lg 2 mmg la...tp xkan aku nk dok tnye Pakcik Google je kan? hehehe...

Adios! :D

No comments:

Post a Comment